Malu.

Rakyat 1Malaysia malu dengan org yg tak malu setelah DSN dihukum oleh mahkamah. Walaupon mahkamah telah menghukum DSN tetapi prossess penghakiman itu meragukan ramai rakyat 1Malaysia yg sayangkan DSN. Keadilan sepatutnya bukan hanya dengan perbuatan tetapi mestilah juga dengan nampak ia telah dilakukan. In Shaa Allah.

Bangkit.

#Bangkit.. #Pertahankan.. #Rasulullah Saw

Mohon sebarkan.. Demi Rasulullah Saw

Biasa kita dengar kisah binatang yg berusaha memadamkan api yg membakar Nabi Ibrahim A. S.. Kisah ini boleh kita tgk dalam tafsir ayat 69 surah anbiya.. Imam ibnu Katsir rah. didalam kitabnya Tafsir Al-Azim (Jilid 3/225) juga Sheikh Dr Wahbah Zuhaili rah. di kitab tafsirnya Kitab Tafsir Al-Munir, 9/93].jelas memperlihatkan kepada kita usaha Binatang2(mereka bukan manusia tp binatang) dalam menyelamatkan Nabi Allah saat di bakar namrud walaupun mereka tahu usaha mereka itu tidak mampu memadamkan api yg menjulang itu..

Namun mereka tetap berusaha suapa semampu mereka.. Seandainya Allah bertanya mereka di akhirat..apa yg kamu buat saat kekasih ku Ibrahim A. S di lontar ke dalam Api.. Maka mereka akan zahirkan usaha mereka.. Walaupun mereka binatang tp mereka ada kefahaman betapa Nabi Allah adalah kekasih Allah.. Dan wajib untuk kita berusaha mempertahankan kekasih Allah..

Pada masa kita masih hidup ini.. Rasulullah Saw di hina di depan mata kita… Sedangkan kita ni masih hidup.. Allahuakbar.. Betapa Malangnya mereka yg langsung sikit pun hati tak de rasa sedih.. Apatahlgi nak bangkit mempertahankan Rasulullah Saw… Kemudian boleh berharap di kubur bila di tanya Siapa Nabi kamu? Kita berharap kita boleh jawab Nabi kita Nabi Muhammad Saw sedangkan saat Nabi di hina.. Kita rasa sedih pun tiada… Masih lagi berharap di telaga kaustar, dpt minum di tapak tangan Nabi Saw sedangkan waktu Nabi Saw di hina, kita buat tak tahu.. Di Akhirat tak malu ke kita nak mencari Rasulullah Saw di mahsyar untuk minta syafaat Rasulullah Saw sedangkan waktu Nabi Saw di hina, kita diam membisu…

Berapa tahun kita sambut Maulid Nabi? Tp erti cinta yg sebenar kita masih belum faham.. Sedikit sedih atau gentaran hati pun langsung tiada waktu Nabi Saw di hina.. Kita biar org hina Nabi kita di kampung kita sendiri… Kita mengaku Nabi Saw Nabi kita tp langsung kita tak rasa apa2 waktu Nabi di hina… Kita patut malu dgn binatang2 yg bersungguh-sungguh nk menyelamatkan Nabi Ibrahim A. S… Apa kita nk jawab di Akhirat kalau Allah Tnya, saat Nabi aku di hina, apa usaha yg kamu buat untuk mempertahankan Nabi?kita hidup hari ini pun menumpang berkat Saidina Rasulullah Saw.. Sedarlah…

Itu Saidina Rasulullah Saw tau.. Nabi kita.. Bukan mak ayah kita…insan yg telah mengorbankan seluruh hidupnya untuk bawa Islam kepada kita.. Yg menangis mendoakan kita agar selamat dari api neraka..

Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada ibu bapanya, anak pinaknya, dan manusia seluruhnya.”

(Bukhari dan Muslim)
Apa erti kita mengaku kita cinta Nabi.. Selawat pada Nabi..sambut maulid Nabi.. Belajar sirah Nabi.. Ulang alik Madinah ziarah Nabi.. di Masjid, surau, dan di rumah kita gantung frame tertulis Nama Nabi Tp waktu Nabi di hina.. Kita langsung tak rasa apa2.. Nampaknya hati kita telah mati dari menyintai Saidina Rasulullah Saw..sedikit sedih pun langsung tak de.. Seakan tak de hubungan dgn Baginda Rasulullah Saw.. Allahuakbar..tak malu ke kita nk jumpa Rasulullah Saw di akhirat nk minta syafaat Nabi..

Lihat lah sirah kisah Kaab bin Asyraf seorang Yahudi yg menghina Nabi Saw.. Di arah bunuh.. Kerana Menghina Rasulullah Saw adalah menghina Allah dan Rasul… Bahkan org yg menghina Rasulullah Saw adalah org yg merosakkan keamanan Negara..

Sy merayu dan Mohon pimpinan2 masyarakat di Tanah air ini sedar dan lihat bahawa ini isu penting…penghinaan terhadap insan Agung junjungan besar Rasulullah Saw.. Rasulullah Saw di hina di Tanah air yg kita sayangi ini, tanah tumpah dara kita.. yg umat Islam majoriti dan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan… Betapa sedih nya hati ini… Sedarlah wahai muslimin muslimat

Karpet.

Menarik dialog ni

Soalan:-
Bang..betul ke dengan agama ni kita mulia..??Tengok macam terhina je bang..
Malu saye nak pegi masjid..Ade orang kate orang bankrupt je pegi masjid..huhu..

Jawapan:-
Dik..karpet yang diletak kat masjid tu pun Allah dah muliakan..takde sape berani pakai kasut jalan atas die..walaupun karpet murah je dik..
Kalau sape pakai kasut jalan atas karpet masjid tu confirm kene kejar dengan parang dik..Sebab ape??Sebab karpet tu ade hubungan dengan agama Allah..

Cube adik pegi hotel 7 star..Karpet mahal tau dik..TAPI orang pijak2 je dik..
Sebab takde kemuliaan..Kalau jalan atas karpet tu tak pakai kasut confirm orang panggil “orang gile”..
Sebab ape??sebab karpet tu takde hubungan dengan agama Allah dik..

Karpet yang ade kena mengena dengan agama pun Allah muliakan dik..
Takkan manusia yang bawa agama Allah jadi hina pula…

والله اعلم